Kelas Kesedaran Nadi E-Sukan

7 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 6 Mac 2025 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti Kelas Kesedaran NADI E-Sukan dan Kerjaya dalam bidang E-sukan yang diadakan secara dalam talian. Kelas tersebut disertai oleh 3 orang peserta yang mewakili kumpulan pemain Mobile Legend NADI. Kelas tersebut telah berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Objektif kelas Kesedaran E-Sukan untuk permainan Mobile Legends dapat difokuskan kepada aspek pemahaman dan pengetahuan mengenai permainan ini serta kesedaran tentang dunia E-sukan secara keseluruhan. Selain itu, dalam video yang dipaparkan turut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai industri E-Sukan Mobile Legends di Malaysia dan peringkat antarabangsa, serta bagaimana permainan ini berperanan dalam perkembangan E-Sukan secara keseluruhan.
Kami berharap agar apa yang dipelajari di dalam kelas dapat dijadikan ikhtibar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali